--> Karmal Bangkit

Lirik Malaysia Baru - Karmal Bangkit

  • (korus)
  • Bangkit, cepat bangun dari tidur,
  • Bangkit, matahari dah di timur,
  • Bangkit, tak usah lagi berangan,
  • Bangkit, tak usah bagi alasan.
  • (verse 1)
  • Ini cuma luahan, dari minda si bijak,
  • Bukan berbual kosong, bukan aku nak riak,
  • Ini borak berasas, tapi tidak beralas,
  • Tuju pada si malas, yang suka cari nahas,
  • Si anak anak muda, yang berlagak dewasa,
  • Dan orang tua yang masih belum puas berpesta,
  • Remaja perasan, gaya konon bagus,
  • Tapi harapkan mak bapak bank in elaun beratus,
  • Mulutku memang laser, tapi tidak melampau,
  • Masih beri peluang, simpati pada engkau,
  • Beza kita ketara, cuma engkau tak nampak,
  • Aku terus melangkah, engkau masih nak lepak,
  • Engkau masih sangkut setempat kerana dah rosak,
  • Aku guna otak aku fikir di luar kotak,
  • Engkau masih mahu rehat macam orang yang sakit,
  • Jam loceng sudah bising, kini tiba masa untuk...
  • (ulang korus)
  • (verse 2)
  • Bila aku bangkit, hiphop jadi sihat,
  • Aku bukan syed, tak perlu waktu rehat,
  • Masih ligat macam, yang kau dapat lihat,
  • Dulu kau tak ingat, kini kau dah minat,
  • Aku mc hebat, dikejar yang lemah,
  • Bagi mereka mc, mereka dah mengah,
  • Mereka macam pelajar yang taknak belajar,
  • Ramai yang kurang ajar sebab kurang diajar,
  • Ada banyak mamat yang buat aku nak bergaduh,
  • Tapi buat apa tunduk sama dan jadi bodoh,
  • Ada juga suka tiru apa yang orang buat,
  • Perangai macam ini yang buat aku meluat,
  • Ada jadi boneka, kerana diabaikan,
  • Semuanya disuap, lirik dengan pakaian,
  • Aku asah bakat aku malam sampai pagi,
  • Engkau muncul, aku muncul, kau tak muncul lagi
  • (ulang korus)




Karmal Bangkit Komentar