--> Malique Senyum ft Najwa

Lirik Malaysia Baru - Malique Senyum ft Najwa

  • Senyum (5x)
  • (korus - Najwa)
  • Kacak luar, kacak dalam
  • Kacak dengar sini
  • Kalau saya senyum
  • Awak mesti senyum sekali
  • Kalau kita senyum
  • Semua orang berjangkit
  • Bila semua orang senyum
  • Dunia tiada penyakit
  • Senyum
  • Tak perlu kata apa-apa
  • Senyum
  • Tak perlu kata apa-apa
  • Senyum
  • Tak perlu kata apa-apa
  • Senyum
  • Tak perlu kata apa-apa
  • (verse 1 - Malique)
  • Akhirnya sempurna tiga album pertama
  • Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
  • Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
  • Kalau habis abjad, aku rap dengan angka
  • Satu, dua, tiga anugerah diterima
  • Oh, itu tahun lepas tahun ini cuma dua
  • Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
  • Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
  • Oh Inca Medina, orang secantik nama
  • Cantik luar, cantik dalam, cantik macam mama
  • Hati macam grandmanya, anginnya macam papa
  • Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
  • Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
  • Nyanyi balik lagu ayat lama, ayat mama
  • Wanita hari ini, jaga sensitiviti
  • Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
  • Ay, cantik luar, cantik dalam cantik dengar sini
  • Kalau cantik senyum, cantik mesti cantik lagi
  • Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
  • Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
  • (ulang korus)
  • (verse 2 - Malique)
  • Ay, buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
  • Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
  • Aku bukan rupawan, aku bukan jutawan
  • Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
  • Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
  • Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
  • Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
  • Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
  • Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
  • Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
  • Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
  • Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
  • Tu, boleh pun senyum cantiknya gigi
  • Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
  • Wanita hari ini harus pepandai puji
  • Kalau dia jual mahal, boleh cuba lagu ini
  • Ay, cantik luar, cantik dalam cantik dengar sini
  • Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
  • Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
  • Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
  • (ulang korus)
  • (raggamuffin outro - Najwa)
  • Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini
  • Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali
  • Kalau kita senyum semua orang berjangkit
  • Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit
  • Senyum




Malique Senyum ft Najwa Komentar