--> Hazama Majnun

Lirik Malaysia Baru - Hazama Majnun

  • Di puncak bukit ku bina kubu
  • Beratapkan dedaun rimba
  • Melihat penjara kamarmu dari jauh
  • Bermulai air mata hancur luluh hatiku
  • Di puncak bukit ku kenang semula
  • Hari kita mesra melakar nama
  • Saat pertama bibirku melontarkan namamu
  • Terpukau matamu gila kau buatku
  • Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
  • Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
  • Kerana kamu aku hilang
  • Aku hilang akal terjadi gila, gila
  • Mereka ketawa melihat aku membawa diri ke sini
  • Namun malam ini saja yang dapat dierti
  • Kini cuma burung-burung mendengar laguku
  • Semua impian dan harapan terkubur
  • Bila ku kenang semula
  • Berita diterima teriak namanya
  • Hari tanganmu dijanjikan padaku
  • Pastinya semakin gila kau buatku
  • Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
  • Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
  • Kerana kamu aku hilang
  • Aku hilang akal terjadi gila, gila
  • Apalah dosaku yang dimakan waktu
  • Di halangi dari mendampingimu
  • Hingga masa engkau hulurkan nyawa
  • Menyebut namaku dinafas terakhir
  • Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara
  • Hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung
  • Kerana kamu aku hilang, aku hilang akal
  • Sayangku Laila Laila Laila Laila
  • Kerana kamu aku hilang
  • Aku hilang akal terjadi gila, gila
  • Biar terdampar ku tidur di sebelahmu untuk sementara
  • Menanti bungaku bangun dari pusara




Hazama Majnun Komentar