--> MonoloQue Batu Belah Batu Konkrit Bonda ft Azlina Aziz

Lirik Malaysia Baru - MonoloQue Batu Belah Batu Konkrit Bonda ft Azlina Aziz

  • Wahai anakanda ku sayang
  • Ke mana hilang budaya
  • Diculik piring terbang
  • Atau ditelan buaya
  • Tiada peluang tiada ruang
  • Semua mahu cepat kaya
  • Pabila semua dah hilang
  • Barulah hendak percaya
  • Cukuplah semua ini
  • Hati bonda tersepit
  • Biarkan bonda pergi
  • Dimakan ditelan
  • Batu belah batu konkrit
  • Wahai anakanda ku sayang
  • Kenapa gadai pusaka
  • Sebab cinta atau wang
  • Atau kerna kurang peka
  • Seperti lalang-lalang
  • Suka belok suka leka
  • Ikut telunjuk bayang-bayang
  • Akhirnya diri terluka
  • Melihat semua ini
  • Hati bonda menjerit
  • Lepaskan bonda lari
  • Dari dihimpit putar belit
  • Masyarakat hipokrit
  • Wahai bonda jangan merajuk
  • Bonda jangan makan hati
  • Anakanda di sini memujuk
  • Dan anakanda takkan berhenti
  • Kini sedar dari mimpi
  • Baru faham semua ini
  • Bonda tolong jangan pergi
  • Maafkan anakmu
  • Cukuplah semua ini
  • Hati bonda tersepit
  • Biarkan bonda pergi
  • Dimakan ditelan
  • Batu belah batu konkrit
  • Dari dihimpit putar belit
  • Hamba duit masyarakat hipokrit
  • Bonda rela dimakan ditelan
  • Batu belah batu konkrit




MonoloQue Batu Belah Batu Konkrit Bonda ft Azlina Aziz Komentar