--> Malique Aku Maafkan Kamu ft Jamal Abdillah

Lirik Malaysia Baru - Malique Aku Maafkan Kamu ft Jamal Abdillah

  • (Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
  • Ternyata kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan)
  • Ada teratak di hujung kampung
  • Bawah cermin kopak ada kotak
  • Tersembunyi dalamnya ada tempurung
  • Sembunyi bawahnya katak melalak
  • Atur sepuluh daktil batal yang batil
  • Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
  • Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
  • Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
  • Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
  • Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
  • Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
  • Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
  • Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
  • Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
  • Halusinasi susuli ketandusan ihsan
  • Ubat parut auditori kesan artileri insan
  • Gagal dikesan
  • Aku maafkan kamu
  • Tak perlu kita bertemu
  • Cukup kau tahu
  • Yang aku
  • Maafkan kamu
  • Tolong teruskan hidup
  • Jangan sebut namaku
  • Timbul tenggelam, timbul tenggelam
  • Acapkali terpendam, acapkali tersergam
  • Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
  • Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
  • Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
  • Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
  • Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
  • Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
  • Maafkan mereka, mereka tidak tahu
  • Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
  • Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
  • Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
  • Maafkan mereka, mereka tiada nilai
  • Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
  • Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
  • Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
  • Atas kepala murai sekawan
  • Baling ku ramit kucup lehernya
  • Terlalu rahi dendam di angan
  • Sampai terkacip mulut mahirnya
  • Aku maafkan kamu
  • Tak perlu kita bertemu
  • Cukup kau tahu
  • Yang aku
  • Maafkan kamu
  • Tolong teruskan hidup
  • Jangan sebut namaku
  • Jangan ahli sihir seru nama maharaja
  • Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
  • Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
  • Kalau terpelajar sila guna Hak Miranda
  • Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
  • Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
  • Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
  • Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
  • (Alif)
  • Ada teratak di hujung kampung
  • (Ba)
  • Bawah cermin kopak ada kotak
  • (Ta)
  • Tersembunyi dalamnya ada tempurung
  • Sembunyi bawahnya katak melalak
  • Aku maafkan kamu
  • Tak perlu kita bertemu
  • Cukup kau tahu
  • Yang aku
  • Maafkan kamu
  • Tolong teruskan hidup
  • Jangan sebut namaku
  • Ada teratak di hujung kampung
  • Bawah cermin kopak ada kotak
  • Tersembunyi dalamnya ada tempurung
  • Sembunyi bawahnya katak melalak
  • (Ternyata kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan)




Malique Aku Maafkan Kamu ft Jamal Abdillah Komentar