-->
MicWrecka Support Bro! ft SSK
Lirik Malaysia Baru - MicWrecka Support Bro! ft SSK
- (NBE)
- dah susah hidup susah, aku cuba mengubah
- nasib keluarga - nak jadi kaya raya
- dengan sekelip mata - dengan karya karya
- yang berisi bakat dan seribu usaha
- jadi aku bermula dgn internet dan forum
- berkenal kenalan - mula mencari korum
- mengejar pengajar, mencabar dan juga menyebar
- bila diselar ku diajar belajar bersabar
- tegar dgn keystyling ku beralih ke audio
- nak buat lagu bukannya benda senang bro
- bukan takat titik peluh, duit byk nak guna
- byr beat, byr mixing, studio kena disewa
- semuanya akan berbaloi kalau cd dibeli - tapi
- selalunya sorang beli pastu sumer kongsi
- teknologi buat ramai org jadi pencuri
- fuck perjuangkan seni, baik berhenti sebelum rugi!
- (Chorus)
- I Demand Support
- Daripada korang untuk teruskan mengarang
- I Demand Support
- Aku cintakan muzik aku tak pernah curang
- I Demand Support
- Demi Hip-Hop Kami Tetap Berjuang
- I Demand Support
- (Saph)
- ramai orang cakap, memang ramai yang bercakap
- banyak mulut sangat tapi tak boleh harap
- penat lelah aku, kau tak pernah fikir
- tak suka tak ape, tak payah menyindir
- aku bukan orang berada, aku cuma mencuba
- bertaruh nasib, harapkan kau terima
- aku buat muzik atas nama cintakan seni
- alunan rima dan muzik dari hati
- dunia muzik sekarang, banyak melodi
- makin tak berbakat, makin kau disukai
- itu hipotesis yang record label usulkan
- eksperimen berjaya bergaya keburukan
- aku bukan kau, bukan komposer terkenal
- kau buat beat murahan tapi nak jual mahal
- penat dah mengeluh, korang fikir sendiri
- sampai masa, aku akan hilang pergi
- (Chorus)
- (MicWrecka)
- MicWrecka memastikan segala peluang tutup
- kerana tidak sanggup ngan industri makin lingkup
- semua artis masa kini hanya nak meletup
- kurang daya kreativity dan pegangan hidup
- perwatakan watak-watak perlu diwatakkan
- lagi seblum kejahilan sampai tahap kebosanan
- jangan dimainkan oleh ahli perniagaan
- koperat keparat yg fikirkan keuntungan
- muzik aku berbeza walau tidaklah popular
- aku original kau masih ikut formula
- janganlah nak bising pasal cetak rompak
- korang buat aku gelak mcm nabil raja lawak
- "lu fikirlah sendiri" apa yg aku maksudkan
- lagu keluar radio ingat gempak. memang perasan
- semua pandai komen sejak akademi fantasia
- kalau ambil hati karier nkau akan sia-sia
- (Chorus)
MicWrecka Support Bro! ft SSK Komentar