--> Ariz Bukan Untukmu ft Kat

Lirik Malaysia Baru - Ariz Bukan Untukmu ft Kat

  • (korus - Kat)
  • Apa pun yang kau mahu
  • Pasti tiada di sini
  • Boleh cuba di sana
  • Ku bukan untukmu
  • Apa pun yang kau cari
  • Pasti tiada dengan ku
  • Boleh cuba dengannya
  • Ku bukan untukmu
  • (Ariz)
  • Nak cerita seorang gadis manis
  • Digila lelaki didengki gadis
  • Kalau bukan dari sini mesti Paris
  • Ku sapa dengan 'hello saya hariz'
  • 34-26-34
  • Rambut ikal lepas tak berikat
  • Tiff di leher berkilat memikat
  • Chanel nombor 5 pasti terpikat
  • Excuse me miss, awak nampak menawan
  • Belakang badan elok kerengga pun tak terlawan
  • Manolo sepatu, Gucci di badan sepadan
  • Prada di tangan citarasa tiada sempadan
  • Niat baik, cuma nak berkawan
  • Jangan segan, kalau segan boleh ajak kawan
  • Boleh ketawa atau berbual dengan waras
  • Sangka dia setuju? Ini yang dia balas
  • (ulang korus - Kat)
  • (Ariz)
  • Cabaran kali ni sedikit berat
  • Ku dipaksa kerah tulang empat kerat
  • Perlu cergas, tak buang masa
  • Terjumpanya lagi besok lusa
  • Bertemankan mamat badan perkasa
  • Dia nampak kekok, nampak tak selesa
  • Muka yang manis sudah semasam cuka
  • Penuh duka, aku suka
  • Aku perhati gerak-geri
  • Tiba-tiba si laki bangun meminta diri
  • Apa lagi aku menghampiri
  • Nah, tiada ragu, ku sapa dia lagi
  • 'Ingat tak dua hari lalu?
  • Saya ajak berbual tapi awak malu'
  • Ku harap jawapan elok yang dia beri
  • Aku tewas lagi, ini yang dia beri
  • (ulang korus - Kat)
  • (Ariz)
  • Okay, ini semakin kritikal
  • Terduduk aku macam jatuh basikal
  • Ditolak dua kali oleh gadis sama
  • Cara kurang laku macam handphone lama
  • Cuba lagi ubah percaturan
  • Pesan dari guru ikut peraturan
  • Lebihkan jujur dan keikhlasan
  • Qarma kan baikkan balasan
  • Jadi aku chill...ichi ni san
  • Nampak dia tapi konon tak perasan
  • 'Hai, awak yang semalam tu kan? Kan??'
  • Dia pula yang memulakan
  • Ku pasti ku tak bertepuk sebelah tangan
  • Ini realiti bukan angan-angan
  • Aku hampir dapat apa yang diidamkan
  • Namun kecewa bila ini yang diucapkan
  • (ulang korus 2x - Kat)




Ariz Bukan Untukmu ft Kat Komentar