--> Malique Bangun Harimau Bangun (OST Jangan Ambil Padang Kami)

Lirik Malaysia Baru - Malique Bangun Harimau Bangun (OST Jangan Ambil Padang Kami)

  • Di bawah mentari ataupun purnama malam
  • Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
  • Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
  • Teruskan menghayun walau dua mata buta
  • (korus)
  • Bangun
  • Bangun
  • Bangun harimau bangun
  • Jangan tidur lagi
  • Seteru sudah datang
  • Bangun (bangun)
  • Bangun (bangun)
  • Bangun harimau bangun (bangun)
  • Padang keramat ini
  • Jangan digadaikan
  • (verse 1)
  • Sfera pun berpusing, musim demi musim
  • Di padang bertuah ini ku masih bermukim
  • Bumi yang ku huni ini baktinya keramat
  • Sakti dan keramat, ku pastikan selamat
  • Di sinilah duniaku tempat berhabitat
  • Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
  • Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
  • Tempat belajar memikat dan tendangan lipat
  • Harimau sekawan aku chill tidak porak
  • Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
  • Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
  • Budak flat juga mampu 'tuk berjasa pada rakyat
  • Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
  • Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
  • Asah kuku taring kerna sikit lepas Isyak
  • Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
  • (Bangun harimau bangun)
  • (ulang korus)
  • (verse 2)
  • Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
  • Datang 'tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
  • Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
  • Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
  • Ini padanag kami tiada siapa boleh ambil
  • Yang mencabar sedia 'tuk dicakar dan dicarik
  • Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
  • Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik
  • Di bawah mentari ataupun purnama malam
  • Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
  • Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
  • Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
  • Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
  • Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
  • Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
  • Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
  • (Bangun harimau bangun)
  • (ulang korus)
  • (verse 3)
  • Yang di hadapan pastikan terus maju
  • Yang di belakang pastikan terus kukuh
  • Mereka datang macam tamu, kita jamu
  • Mereka datang macam musuh kita ...
  • (ulang korus)
  • Di bawah mentari ataupun purnama malam
  • Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
  • Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
  • Teruskan menghayun walau dua mata buta
  • Bangun (bangun)
  • Bangun (bangun)
  • Bangun harimau bangun (bangun)
  • Padang keramat ini
  • Jangan digadaikan




Malique Bangun Harimau Bangun (OST Jangan Ambil Padang Kami) Komentar