--> Malique Cuba Lagi ft Lah Ahmad

Lirik Malaysia Baru - Malique Cuba Lagi ft Lah Ahmad

  • Satu dua tiga dan empat
  • Cuba berkali masih tak dapat
  • Lupakan sakit segan dan penat
  • Nanti di puncak pasti terubat
  • Empat tiga dua dan satu
  • Puncaknya betul aku di situ
  • Ada dah dekat, ramai yang berbatu
  • Cuba lagi dik ku tunggu
  • (korus)
  • Ku cuba berkali-kali
  • Masih tak menjadi-jadi
  • Tapi ku tak patah hati
  • Tiap kali gagal aku cuba lagi
  • Aku cuba lagi, aku cuba lagi
  • Hanya yang lemah kan lari
  • Jadi lelaki dan cuba lagi
  • Ku cuba, ku cuba, ku cuba
  • Puas ku cuba
  • Nah! Bukan senang hendak menang
  • Apatah lagi jadi juara
  • Nah! Bukan senang nak jadi bintang
  • Apatah lagi jadi lagenda
  • Aku tahu aku fasih
  • Nombor satu, yup, aku masih
  • Terima kasih seteru bersekutu
  • Keranamu aku bertambah mutu
  • Tetapi, kebelakangan ini aku tepu
  • Hampir beku, ni, buku lirik kosong nak berdebu
  • Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
  • Mata tutup kepala tertelungkup
  • Pintu dengar ketuk, oh anakku menjenguk
  • Papa jangan kerut dahi
  • Tukar niat baca Bismillah mesti jadi
  • (ulang korus)
  • Buat lagu hebat radio tak nak main
  • Apa boleh buat? Buat lagu lain
  • Aku dengar sedap, dia dengar lain
  • Mungkin lepas menang AIM dia main
  • Jangan cari pasal, kaji hujung pangkal
  • Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal
  • Sampai orang kampung kata pakai tangkal
  • Sampai gadis kota tidur tepuk bantal
  • Sampai orang-orang gaji pun hafal
  • Tapi selagi tak berlaku, tawakal
  • Ganda usaha bukan simpati
  • Percaya besok lusa buat lagi
  • Mereka tanya sampai mana
  • Yo nampak langit sampai sana
  • Tiada makna kalau tiada fakta
  • Lihat carta situ ku diwarta
  • (ulang korus)
  • Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat
  • Jadi kalau cari jalan tak jumpa, ku buat
  • Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
  • Jangan menoleh mana-mana jalan terus
  • Ku bukan jenis suka omong kosong
  • Tolong dengar dik, jangan bodoh sombong
  • Lima ribu tahun atau lima saat
  • Kalau kita mahu kita dapat
  • Banyak laki, berapa jati
  • Banyak janji, berapa ditepati
  • Cuma dara sunti minta puji, anak jantan minta uji
  • Lepas cakap besar tanam pokok
  • Pasti belum boleh berteduh besok
  • Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
  • Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali
  • Ku cuba lagi
  • (ulang korus)




Malique Cuba Lagi ft Lah Ahmad Komentar