--> Altimet Syukur

Lirik Malaysia Baru - Altimet Syukur

  • Pukul 6 pagi
  • Masa untuk ku bangkit lagi
  • Sebelum mencari sesuap nasi
  • Perutku dialas sesuap nasi
  • Subuhku tertinggal lagi
  • Terus diganti
  • Terus keluar dan berlari
  • Bersama warga kota lain sekali
  • Kita semua selari
  • Motor kereta bas LRT
  • Yang berbasikal pejalan kaki
  • Dari tauke besar hingga kerani
  • Semua punya niat sama di hati
  • Biar usaha dan rezeki serasi
  • Walau mendung saujana yang dihadapi
  • Masih ada mentari, jadi
  • (korus)
  • Syukur, aku masih di sini
  • Syukur, aku bernafas lagi
  • Syukur, aku masih berdiri
  • Masih ada kuasa dalam tubuh ini
  • Syukur, aku masih di sini
  • Syukur, aku bernafas lagi
  • Syukur, aku masih berdiri
  • Masih ada kuasa dalam tubuh ini
  • Syukur
  • Bil datang lagi
  • Seakan sebulan dua kali
  • Harap dibayar dalam tujuh hari
  • Sebelum bekalannya dimati
  • Terngiang rintihan ibu dan bini
  • Kata mereka perlu itu dan ini
  • Anakku mahu ke sana sini
  • Melihat tempat indah dikaca TV
  • Di otakku hanya periuk nasi
  • Bil kereta rumah air dan api
  • Aliran pitisku dijaga rapi
  • Ditabung yang lebih di dalam laci
  • Hasil usaha keringat di dahi
  • Kerjaku halal jangan dicaci
  • Ku kerah semua tangan dan kaki
  • Sehingga ku jumpa apa yang dicari, jadi
  • (ulang korus)
  • Murahkan rezeki
  • Jadikan aku lebih seperti
  • Antara mereka yang mempercayai
  • Walau usahaku kurang memadai
  • Fardhuku lewat beberapa kali
  • Bila bisikan dia mencuit hati
  • Aku tercandu pada duniawi
  • Tapi aku tetap kembali, jadi
  • (ulang korus 2x)




Altimet Syukur Komentar